Isnin, 7 Januari 2013

Proses Reka Bentuk Hiasan Dalaman


1. Menentukan tema dan tajuk bagi sesebuah ruang supaya pereka dapat membantu atau memperkenalkan suasana yang bersesuaian dengan citrasa pengguna.
 
2. Persoalan mengenai keperluan serta senarai catatan harian pengguna amat penting bagi  setiap pereka.
    i.    saiz ruang yang diperlukan atau yang sedia ada
    ii.   jenis ruang dan keperluan ruang tersebut
    iii.  jenis perabot dan hiasan - samada mengunakan perabot baru atau tidak
    iv   siapa penggunanya - orang dewasa, kanak-kanak, lelaki atau perempuan.atau pun orang kurang upaya dan warga emas.
    v.   jumlah penggunanya – samada bilik mesyuarat, dewan kuliah atau pun masjid.

3. Membuat lakaran idea – sketsa

4. Melukis pelan tapak (berdasarkan skala)

5. Melukis lukisan perspektif atau 3 dimensi

6. Proses membina model berskala – atas permintaan pengguna
    i.   membina pelan lantai
    ii.  menyediakan tapak
    iii. menegakkan dinding dan membahagi ruang di samping menentukan kedudukan puntu dan tingkap.
    iv. Melengkapkan model dengan model perabot dan hiasan

7.Proses melukis lukisan terperinci.
   i.    pelan lantai – susunatur perabot dan jenis kemasan lantai
   ii.   pelan siling – berserta kedudukan lampu, kipas dan penghawa dingin.
   iii.  keratan sisi – pandangan bahagian dalam ruang
   iv.  lukisan terperinci perabot pasang bina – kabinet dapur, kabinet pakaian, kabinet pameran, meja mesyuarat dan lain-lain
8.Memastikan sebarang perubahan atau masalah di tapak binaan diselesaikan dengan lukisan yang dipersetujui oleh pemilik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan